← Kembali ke BuildSmart

Terma Pembelian

BuildSmart™ Kit Bina Rumah Sendiri · Malaysia Edition

Versi ringkas: anda beli satu salinan berlesen untuk kegunaan sendiri. Boleh print untuk projek sendiri. Jangan jual, upload atau edar fail asal/template kepada orang lain.

1. Produk digital

BuildSmart ialah produk digital yang mengandungi PDF, spreadsheet dan bahan berkaitan pengurusan projek rumah. Akses diberi selepas bayaran disahkan.

2. Order ID

Setiap pembelian mempunyai Order ID. Simpan Order ID untuk rujukan pembayaran, support dan penghantaran semula akses.

3. Lesen penggunaan

Lesen adalah untuk pembeli dan projek peribadi pembeli. Anda boleh print salinan yang diperlukan dan berkongsi lembaran yang telah diisi dengan kontraktor, tukang atau pihak projek apabila perlu. Fail asal/template digital tidak boleh dijual semula, dimuat naik, diterbitkan semula atau diedarkan.

4. Bukan nasihat teknikal profesional

BuildSmart membantu owner mengurus maklumat, rekod dan semakan. Ia bukan pengganti kontraktor berdaftar, jurutera, perunding profesional, pihak berkuasa atau pihak kompeten bagi kerja teknikal dan berisiko.

5. Akses

Akses download boleh mempunyai tempoh dan had download untuk melindungi fail. Jika akses tamat tetapi pembelian sah, gunakan Order ID dan email asal untuk minta akses dihantar semula.

6. Perubahan produk

Kandungan dan format BuildSmart boleh ditambah baik dari semasa ke semasa. Pembelian tidak semestinya termasuk semua produk atau versi baharu pada masa depan melainkan dinyatakan dalam offer pembelian.

Terma ini ialah terma operasi BuildSmart dan tidak bertujuan mengehadkan hak yang tidak boleh diketepikan di bawah undang-undang yang terpakai.